-->

Tuesday 29 November 2016

Alhamdulillah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Alhamdulillah, done for 2 years and 6 month at Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Masjid Tanah, Melaka. Disini terciptanya memori dan kenangan yang tak dapat nakdigambarkan. Disini jugak aiza belajar menjadi seorang student yang penyabar  dan belajar untuk menempuhi hidup berdikari yang jauh dari keluarga.

Hari ni 29/11/2016 dah habis final dan in sha Allah lepas ni kena pergi berjuang as internship student pulak. Di KKTM aiza jumpa banyak karenah manusia. Ha mai sini nak cerita kat hampa semua. haha. macam apa ja aiza ni.

At first mai KKTM ni, rasa macam tak sanggup nak belajaq kat sini. Sebab apa? wehh jauh kot dari bandaq Melaka, pastu dok keliling kelapa sawit pulak tu. Sapa ja sanggup. Haha. Sampai ja kat sini teruih habaq ka abah nak balik. haha. Tapi bila pikiaq balik kesian pulak kat family sebab mai dari jauh semta nak hantaq aiza belajaq kat sini. So teruih redha ja la dok sini. hahaha

Lepas daftar semua tu, dengaq taklimat dulu then daftar bilik. Naik ja bilik tengok bilik tu keadaan macam tak penah orang guna. First jejak kaki kat bilik tu rasa lain dah. Tapi tabahkan hati ja dok kat situ. haha. Sebab ada something wrong somewhere. hahaha. faham la sendiri na.

Then, time abah dengan family dah nak balik, abah peluk, cium aiza ni macam takmau lepas. Sebaknya time tu rasa macam nak ja ikut depa balik. Tapi tabah ja la. Then lepas semua family balik, bermula la minggu Silaturahim yang banyak pahit dan manisnya. Start time tu aiza jadi aiza yang pemalu sangat, pendiam macam mana keadaan macam kita tak kenai orang. Dengan sapa pun tak bercakap.

Dalam beberapa hari lepas tu, aiza pun mula la dapat sesuaikan diri kat sini. Tapi seminggu jugak la teriak sebab HOMESICK. haha. Then, kenai ahli group dengan orang baru. Depa semua ni memang baik, peramah ya la ada dari Kelantan, Ganu, Pahang, Kedah, KL, Johor semua la. 

Sebulan aiza kat sini, banyak benda jadi. 10/8/15 aiza beli phone baru, OPPO. Tak sampai seminggu pakai HILANG. Ni la benda paling terasa sekali sebab beli guna duit sendiri kan? hasil kita kumpui. Sedih tu rasa macam nak ja cari pencuri tu tumbuk dia sampai lunyai. haha. Tapi bila pikiaq balik tak guna pun buat orang macam tu. Mungkin ada hikmah semua tu jadi. So redha ja la.

Kawan kat sini semua baik. Dalam kelas aiza ada 10 orang ja. Depa semua baik sangat. Ada 5 lelaki dan 5 perempuan. Depa la yang ada time susah, senang, suka duka dulu. Time sem 1 tu la budak kelas ajak "overnight". ikut ja la sampai KL nuh kami overnight. memang happening la. 

Dah naik sem 2, 3, 4 kami kena ubah bilik. So kami makin rengang. Yala memasing dah ada roomates baru. Semua buat hal masing-masing. Aiza alone ja, alhamdulillah Allah masih ada. Selalu cerita masalah kat ma ja, ma banyak bagi nasihat untuk teruih kuat kat sini. Aiza kuat kat sini pun sebab ma abah ja. La ni yang aiza rapat tu bukan budak satu kos. Nama dia Ain Syahirah, dia budak Ganu. Baik, selalu layan karenah aiza yang mengada ni, dia la yang selalu urut kalau sakit kepala ka, sakit pening semua dia ada. 

Alhamdulillah bersyukur dapat kawan macam dia kat sini, Kat sini memang banyak kawan, tapi nak cari kawan yang betui betui kawan dengan kita tu susah sangat. Kadang kat depan ja baik, kat belakang hurm, haha. Ain thankss for 2 years and 6 month you always with me. 

Aiza harap walaupun kita dah jauh nanti kita tak putus hubungan as a friend. I LOVE YOU friends. In sha Allah will love you. Lepas ni 6 month internship, semua jauh. Harap kat mana pun kita berada kita sentiasa dibawah perlindungan Allah. Fighting ain untuk siapkan Final Report kita. Ini la masanya kita meraikan yang kita dah nak habis study kat sini. Banyak susah senang kita, pengorbanan kita untuk semua ni.

Thank you for lecturer, because always give me all new knowledge for me to learn it. For my supervisor Thanks, sebab selalu marah aiza, selalu nasihat aiza, selalu pressure aiza untuk siapkan project final dan report, thankss jugak untuk semua kata kata yang amat tajam menusuk jiwa tu encik. Halalkan segala ilmu yang dah en bagi dan ajarkan untuk saya student yang selalu menjawab apa encik cakap. im sorry for all my fault. im only human that always make mistake for others. Thanks jugak encik, kerana encik pressure kami, kami dapat group terbaik untuk present final project. Thanks a lot my supervisor yang "bekeng". 


"Yang berlalu adalah masa, memori sentiasa ada untuk dikenang selalu"

aiza
1647
291116

No comments:

Post a Comment