-->

Sunday 17 November 2013

Pesanan Imam Syafie

Assalamualaikum ,
disini aiza nak kongsikan ilmu dengan hampa semua . kalau hampa nak tau apa yang aiza nak kongsi , hampa kena lha baca .

30 pesanan Imam Syafie :

1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat .
2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk . Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia .
3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun .
4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar dimana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula . Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah . Oleh itu , bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur .
5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan suadara kamu sakit , kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah .
6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun . Oleh itu , hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya .
7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan baginda akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mangasihi anak-anak yatim di akhirat .
8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka . Ia dapat menambah keberkatan pada umur , menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu .
9. Banyakkan amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis .
10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar . Ia ibarat pokok zaitun , minyaknya membawa berka , ia juga memberi kejayaan dan kemenangan .
11. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya . Oleh itu , bagi menguatkan benteng iman , keimanan perlu dibajai dengan lima perkara , yakin , ikhlas , mengerjakan amalan sunat , istiqamah , bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah .
12. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati . Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah .
13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam , khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah .
14. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat . Oleh itu , siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada Al-Haq yang tidak berbelah-bagi .
15. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah , sekurang-kurangnya dengan mengucap "A’zubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita , hendak melihat ketulenan jihad kita . Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil .
16. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri .
17. Hati adalah raja dalam diri . Oleh itu , lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak diatas  al-Haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan .
18. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya .
19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya . Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia .
20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari .
21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat . Ia juga amalan para nabi , rasul dan orang soleh .
22. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat , dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur , mengurangkan makan , mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada .
23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah .
24. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya , dia memperoleh banyak kebaikan .
25. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman , mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah .
26. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman , mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud : dan adalah menjadi hak (tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman .
27. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman , mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud , Allah membela orang yang beriman .
28. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa , Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud , Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman .
29. Allab menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataannya Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud "Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus".
30. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman , mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A’raf ayat 96 yang bermaksud , sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami , kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka .

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment