-->

Sunday 10 May 2015

Hanya Kerana Sahabat.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Maafkan aku sahabat. Maaf. Bila hatimu sering saja aku robek. Dengan kata yang tajam tiada halang. Menghunus lincah kata tanpa dilapisi iman dan akal. Tapi beralaskan nafsu hina.


Maaf. 

Bila bicaramu, sering saja aku persenda. Hingga bila kau diam, Bukan aku tak tahu kau terasa, Tapi kerana hati terlalu asyik dengan seronok dunia.

Maaf,  Bila kau perlukan tali. Membantu mu, Aku sengaja lari tak mahu menjadi pengikat. .


Maaf,  Bila aib aib mu, tanpa segan, tanpa rasa dosa, Aku buka semena mena.


Maaf, 

Bila gurauku, acap saja merengkut hati kerdilmu teman. Gurau tanpa had, hingga jiwa mu teresak esak tahan luka senda.

Maafkan aku. 

Kadang. Aku selalu mengeluh. Mahukan kawan sahabat teman yang memahami aku, Yang membantu aku. Yang pujuk saat duka aku. Yang jadi penghibur aku.

Tapi, 
Untuk itu, aku setiap kali lupa. Untuk jadi sahabat kawan teman yang terbaik untuk kau dulu.

Maafkan aku, sahabat..

No comments:

Post a Comment