-->

Tuesday, 17 December 2013

Lembaran Hidup Wanita Solehah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum . 
hai . hampa semua apa habaq ? *keluaq dah loghat utaqa dia . Aiza dah lama tak update blog nyh . Just nak share apa yang aiza baca . Orang kata sharing is caring . haha . okayy apa yang aiza mereben pun tak tau . okayy straight to the title . Lembaran hidup wanita solehah ? Apakah ini ? Okayy jum kita baca . tak mau baca p main jauh-ii . okayy just joke .

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah ? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah . Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah . Penawar hati kekasih Allah , susah dan senang rela bersama .
Dapatkah aku didik jiwa seperti Siti Aisya isteri Rasulullah ? Yang bijak , pendorong kesusahan dan penderitaan . Tiada sukar untuk dilaksanakan .
Mengalir airmataku melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah . Akur dalam setiap perintah , taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang . Tiada memiliki harta dunia . Layakkah dia sebagai wanita penghulu syurga ?
Ketika aku marah , ingin ku intip serpihan sabar dari catatan hidup Siti Sarah .
Tabahkah aku , setabah Umi Nabi Ismail ? mengendong bayinya yang masih merah , mencari air penghilang dahaga . Di terik.padang pasir , ditinggalkan suami . Akur tanpa bantah . Pengharapannya hanya pada Allah SWT . Itulah wanita bernama Siti Hajar .
Mampukah aku menjadi wanita solehah ? Mati dalam keunggulan iman , bersinar harum tersebar , bagai wanginya pusara Masyitah .
Aku bertanya pada diri , mampukah aku menjadi seperti mereka ? menjadi mujahidah terbilang ? mampukah aku ? berjuang demi agama tercinta .
InshaAllah jika diizinkan Allah . Sesungguhnya setiap ujian itu tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya . Semoga Allah memudahkan urusan kita untuk berubah ke jalanNya .
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment